Pengertian Maksud Paranormal

Paranormal adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat. Pengertiannya meluas dan bukan hanya terhad kepada Pra-sains, telepati, telekinesis dan sebagainya. Sesuatu perkara yang pelik atau aneh yang sukar dijelaskan secara tepat melalui ilmu yang sedia ada boleh dikategorikan sebagai paranormal. Alam mistik atau alam ghaib, perihal melibatkan kebatinan atau kerohanian, fenomena UFO (Unidentified Flying Object), Bigfoot merupakan diantara cabang paranormal yang sering mendapat perhatian pengkaji paranormal seluruh dunia.

Followers

Friday 27 May 2011

LEMBAGA PUTIH

Lembaga putih di tangkap di sebuah banglo tinggal Bukit Tunku

Wednesday 25 May 2011

KES : SAKA HARIMAU

antara peralatan yang di gunakan

kaki Rahmat Mokhtar tiba2 berdarah

menyiasat suhu di sekeliling

disebalik belukar dan pokok pisang serta busut yang menjadi misteri

kesan darah dari kaki

bacaan suhu turun mendadak

pembantu penyiasat

Tuesday 24 May 2011

Maklumat Tentang Kepercayaan Saka Dalam Masyarakat Melayu


Saka merujuk kepada warisan (kata umbi bagi pusaka ). Ia merujuk kepada warisan, lebih kepada warisan ibu dari warisan bapa (dikenali sebagai baka)(Wilkinson, 1959). Ia mrangkumi kepada semua benda yang diwarisi termasuk harta pesaka, tanah pesaka dan sebagainya. [1]
Saka juga merujuk kepada tahun Saka, yang diwarisi dari takwim India.[2] Menurut tulisan Melayu pada 605 tahun Saka (683 A.D.), pemerintah Srivijaya yang bernama Srijayanasa memerintah taman yang dikenali sebagai Srikserta "taman bertuah" dibina ketika tentera Srivijaya bertolak menyerang Jawa. [3]
Saka juga merujuk kepada pokok saka, pokok yang hidup lebih dari semusim/setahun.[4]
Saka turut merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri.[5] Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telurayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.
Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka sukar mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu jiran-jiran pemilik lamanya.
Pada kebiasaannya saka ini diwarisi dikalangan keluarga pemilik asal, tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”

Monday 23 May 2011